Tikam 78 Kali, Pengawal Keselamatan Ke Tali Gantung


SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya, lima tahun lalu.

Muhammad Faizul Mohd Ali kelihatan senyum menerima keputusan Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim.

Wan Afrah turut mensabitkan penganggur, Muhammad Zal Haziq Razali dengan kesalahan tersebut.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Abd Yazid mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebelum ini, akhbar melaporkan wanita yang dalam keadaan parah itu sempat merangkak ke tingkap rumahnya dan menjerit meminta pertolongan.

Jeritan itu didengari oleh orang awam yang berada di kedai makan premis bawah bangunan berkenaan yang kemudiannya membantu dan menghubungi polis.- SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA