Tiga Pendaki Terperangkap Atas Gunung Serapi Diselamatkan



KUCHING: Tiga pendaki yang terperangkap di atas Gunung Serapi berjaya diselamatkan sekitar jam 9 malam ini.

Mangsa yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan ditemui pada ketinggian 900 kaki dalam keadaan keletihan.

Jurucakap bomba berkata, selepas menerima panggilan sekitar jam 7.52 malam, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Lima orang anggota bomba bersama dua kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjalan menyusuri laluan pendakian dan mangsa dijumpai pada ketinggian 900 kaki.

"Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan keletihan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Petra Jaya," katanya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA