Tidur Dengan Mayat Dibawah Katil


Dua tetamu hotel secara tidak sengaja merasai pengalaman bermalam di sebuah bilik dengan mayat yang disembunyikan di bawah katil.

Mereka yang mendaftar masuk di sebuah hotel di tepi laut di Pattaya, Thailand dan mengadu mengenai bau busuk tetapi tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

Tukang cuci turut menghidu bau busuk pada keesokan hari dan kemudiannya menemui kesan darah pada katil.

Satu mayat seorang wanita transgender ditemui di sebalik rangka katil itu selepas pemeriksaan dijalankan.

Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Kropphet memberitahu BBC bahawa mayat itu ditemui oleh tukang cuci tetapi hanya selepas dua pengunjung hotel tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

Menurut laporan Bangkok Post, dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun ditahan kerana didakwa membunuh wanita itu.

Mangsa dikenali sebagai Amphon Kongsong berusia 28 tahun.

Kropphet berkata, suspek berusia 17 tahun mengenali Amphone menerusi Facebook dan kemudian memujuk untuk mencari pekerjaan untuk mangsa di Pattaya.

Suspek bersama mangsa dan seorang lagi rakan berusia 14 tahun menginap di hotel itu selama beberapa hari.

Menurut Kropphet, mangsa dipercayai dibunuh akibat perselisihan faham berlaku antara mereka. - Mail Online

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA