Tidak Perlu Jadi Jurucakap Adenan

Perkara yang begitu hangat diperkatakan ketika ini ialah perbincangan antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS. Semuanya dilakukan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua belah pihak.

Namun pelbagai pihak melihat perbincangan tersebut tidak seperti yang dijangkakan. Berbagai komen-komen yang tidak sepatutnya timbul seolah-olah pihak tersebut yang duduk dimeja rundingan. Membuat persepsi yang lebih menyalahkan PETRONAS tidak akan membantu mencari jalan terbaik.

Dengan perkembangan ini, maka tidak perlu ada pihak lain yang bertindak seolah menjadi jurucakap kepada Adenan (Ketua Menteri Sarawak) memandangkan banyak yang negatif daripada positif yang diperkatakan. Adenan cukup matang dan berkelayakan untuk melakukan tindakan serta bercakap tentang apa yang sepatutnya.

Kenyataan pihak tersebut akan menyebabkan perbincangan terganggu dan menambahkan kekalutan serta mengelirukan rakyat.

Maka dalam hal sebegini mereka perlu diam dan tumpukan perhatian dengan perbincangan antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS sahaja. Biar mereka yang layak sahaja mengeluarkan kenyataan samada pihak Kerajaan Sarawak mahupun pihak PETRONAS.

Malah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Kerajaan Sarawak menyatakan bahawa perbincangan tersebut berhasil. Tidak perlu ada pihak yang menokok tambah cerita dan menjadi jurucakap.

Biar Adenan dan pihaknya sahaja yang menjadi jurucakap kerana hal sebegini pihak yang tidak berkenaan tidak perlu jadi jurucakap Adenan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA