'Tidak' Kepada Parti Mahathir, Kata Penduduk


KOTA SAMARAHAN : Kewujudan parti politik baru yang diasaskan oleh Tun Mahathir telah menjadi isu hangat diperkatakan netizen dan tidak ketinggalan warga Samarahan Sarawak turut memberi pendapat masing-masing.

Beberapa warga Kota Samarahan yang ditemubual Sarawakiana telah memberi pendapat berkenaan desas desus parti pimpinan Mahathir akan melebarkan sayap ke Sarawak.



Ramli, 58 tahun berpendapat bahawa tidak bersetuju jika parti tersebut melebar sayap ke Sarawak.

"Sebab saya tidak bersetuju kerana terlalu banyak parti dari Semenajung telah bertapak di Sarawak khususnya parti pembangkang dan parti baharu tersebut memang tidak relevan bagi Sarawak.

"Jika parti Mahathir melebarkan sayap ke Sarawak akan menambah celaru pemikiran rakyat, kerana parti tersebut lebih banyak menunjukkan ketaksuban kepada pemimpin mereka, dan ia tidak akan membawa agenda pembangunan sebenar kepada rakyat," katanya.


Menurut Buang Mahli, 51 tahun juga tidak bersetuju parti Mahathir untuk bertapak di Sarawak kerana terdapat lebih keburukan daripada kebaikkan.

"Sudah cukup parti politik yang terdapat di Sarawak pada masa ini dan tidak perlu menambah parti-parti baru dari luar untuk menjadi parti politik kerana ia akan menambah kekalutan.

"Yang penting rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama agar bersatu menjaga keharmonian yang telah diamalkan selama ini dan rakyat perlu fokus menyokong Ketua Menteri menuntut penurunan kuasa yang sedang dilakukan daripada membenarkan parti Mahathir masuk Sarawak," ujarnya.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA