Tiada Bom Dalam Beg, Hanya Pakaian


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan beg yang ditemui di atas laluan pejalan kaki di Jalan Telawi off Jalan Terasek 1, Bangsar, di sini hari ini tidak mengandungi bom atau apa-apa bahan letupan. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika ditemui pemberita pada program pelupusan barang kes polis Kuala Lumpur di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, mengesahkan perkembangan berkenaan. 

"Polis yang menerima laporan pada jam 12.40 tengah hari menghantar sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dan anjing pengesan (K9) ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

"Pemeriksaan mendapati beg berkenaan hanya mengandungi pakaian dan ia dipercayai ditinggalkan oleh pemiliknya di situ," katanya. -BH

Selanjutnya di : 

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA