Terima Kasih Kepada Rakyat Atas Kemenangan Barisan Nasional - Snowdan




BALAI RINGIN : Kemenangan Barisan Nasional (BN) disebabkan oleh sokongan padu rakyat bagi meneruskan perjuangan pembangunan terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin.

ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, oleh itu penghargaan harus diberi kepada rakyat yang terus memilih BN untuk terus mewakili mereka dalam merancang setiap pembangunan yang akan dinikmati kelak.

"Berdirinya saya hari ini kerana rakyat telah memberi peluang kepada saya sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat seterusnya untuk rakyat.

"Walaupun pada masa kempen dahulu ada yang cuba menjatuhkan saya supaya kalah namun rakyat Balai Ringin bersikap rasional tidak mudah teperdaya dengan agenda mereka." katanya dalam Majlis Kesyukuran dan Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Kampung Melayu Balai Ringin semalam.

Beliau menjelaskan hal tersebut bukan menjadi masalah kerana negera ini mengamalkan demokrasi dan sesiapa sahaja boleh menjadi calon untuk bertanding pada pilihanraya.

"Hakikatnya rakyat Balai Ringin leh bijak memilih dan telah diterjemahkan untuk memilih BN mewakili agar pembangunan berterusan terus dilaksanakan supaya rakyat dapat menikmati hasil pembangunan.

"Justeru saya amat menghargai sumbangan rakyat yang telah memilih saya terutama BN untuk terus memimpin kawasan dan negeri pada kali ini," tambahnya.

Snowdan berucap pada Majlis Kesukuran dan Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Kampung Melayu Balai Ringi serta turut dihadiri oeh Isteri beliau Puan Melinda Claudia Lawan, Ketua Kampung dan penduduk Kampung Melayu Balai ringin semalam.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA