Teknologi Jepun Akan Bantu Malaysia Kaji Dan Kenalpasti Lereng Berisiko Tinggi


Malaysia akan menggunakan kelebihan pengalaman dan teknologi yang dimiliki oleh Jepun dalam mengkaji dan mengenalpasti lereng-lereng yang berisiko tinggi di seluruh negara. Ia adalah bagi mengatasi masalah tanah runtuh di kawasan berkenaan, ujar Menteri Kerjaraya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, buat masa ini, pihak kementerian sedang mengkaji dengan menggunakan pengalaman dari negara matahari terbit itu untuk mengumpul data bagi mengenal pasti kawasan lereng berisiko, dengan bantuan Japan International Cooperation Agency (JICA), laporan Bernama.

“Di Jepun, persediaan berhadapan dengan bencana alam dibuat dengan teliti menggunakan peralatan canggih. Oleh itu, mereka dapat mengenalpasti tanda-tanda awal bencana dengan tepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya kepada pihak media dalam Seminar Kerjasama Malaysia-Jepun bagi Pengurusan Lereng/Tanah Runtuh dan Kejuruteraan Gempa Bumi semalam.

Beliau turut berkata, negara-negara lain juga perlu mengambil contoh dari Jepun dalam menanamkan kesedaran yang tinggi di kalangan rakyatnya bagi berhadapan dengan bencana alam.

Pengurusan dan kejuruteraan lereng yang lebih terurus mampu membantu struktur yang lebih kukuh dan berketahanan tinggi di kawasan berlereng agar ia dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh dan sebagainya, tambahnya lagi. - Paultan

1 comment:

  1. Fadillah ambil landasan yg betul.Teknologi Jepun memang patut digunapakai di Malaysia.Syabas Fadillah.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA