Tangani Masalah Sempadan Secara Diplomasi


KUCHING : Ketetapan khas perlu dilakukan untuk membolehkan anggota keselamatan Malaysia dan Indonesia (Kalimantan) bebas untuk memasuki kedua-dua negara tersebut dalam urusan kerja.

Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata, masalah tersebut perlu diselesaikan secara diplomasi.

"Masalah kemasukan anggota keselamatan Malaysia ke Indonesia dan begitu juga sebaliknya adalah perkara yang tetap akan berlaku secara berterusan.

"Kebiasaannya berlaku apabila pos kawalan terletak di pendalaman dan sukar untuk mendapat keperluan asas dan mengambil jalan singkat ke Indonesia untuk mendapat bekalan," katanya sebelum memulakan mesyuarat dua hala antara TDM dan TNI-AD pagi tadi.

Beliau menyatakan perlunya ketetapan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

"Pada pendapat saya, catatan tarikh dan masa perlu perlu diwujudkan bagi setiap kali anggota keselamatan Malaysia ke Indonesia.

"Begitu juga anggota keselamatan Indonesia dan hal sebegini bukan untuk menghalang anggota untuk masuk kedua-dua negara tetapi ia lebih menjurus kepada keputusan diplomasi yang betul," ujarnya.

Turut hadir Brigader Jenderal Widodo Iryanshah dan Delegasi Korem 121 ABW Tentera Nasional Indonesia-Angkata Darat (TNI-AD) dalam mesyuarat Unit Commander Meeting (UCM) di Markas Briged 3 Infantri Malaysia Kem Penrissen. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA