Tan Sri Hamdan Sirat Meninggal Dunia


KUCHING: Mantan Pesuruhjaya Polis Sarawak Tan Sri Datuk Amar Hamdan Sirat, 95 meninggal dunia di kediamannya di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau yang juga mantan Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak merupakan Pesuruhjaya Polis Sarawak dari 1969 hingga 1978.

Pada 2012, Allahyarham di anugerahkan Tokoh Hari Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sambutan Hari Malaysia di Bintulu.

Menurut satu kenyataan yang diedar kepada media lewat petang tadi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, kira-kira 11 pagi esok. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA