Taman Sahabat, Keunikan Hasil Hubungan Baik Malaysia-China


Taman Sahabat, terletak kira-kira 8 kilometer atau 20 minit dari pusat Bandaraya Kuching. Ia terletak di Jalan Song dan amat mudah dijumpai kerana terletak betul-betul di persimpangan lampu isyarat Jalan Song-Jalan Urat Mata.


Dirasmikan pada 18 Mei 2006 oleh Tun Pehin Sri Taib Mahmud, pembinaan Taman Sahabat adalah sempena sambutan tahun ke 30 hubungan diplomatik dan persahabatan (2004) antara Malaysia dan negara China hasil hubungan erat Bandaraya Kuching dan bandaraya Kunming di China.


Keunikan binaanya yang menampilkan gabungan senibina China dan Malaysia ini telah menjadikannya satu lokasi tarikan pelancong yang sangat popular dari dalam dan luar negara.


Pelbagai binaan replika yang menyerupai bangunan sebenar di China ada disini. Antaranya ialah pintu gerbang dan taman ala-ala taman di negara China.

Turut dibina disini ialah beberapa Pavilion yang sesuai dijadikan tempat duduk berehat dan berbual. Terdapat beberapa perbezaan dalam pebinaan pavilion ini. Ada yang dibina mengikut rekabentuk China dan ada juga yang dibina mengikut rekaan Baruk.

Binaan gergasi Laksamana Zheng He pasti tidak akan terlepas dari pandangan pengunjung. Laksamana Zheng He merupakan ketua ekspedisi pelayaran pertama daripada tujuh pelayaran yang berlaku antara tahun 1405-1433 ke Asia Tenggara.


Terdapat binaan jambatan zig zag merentasi sebahagian tasik simbolik kepada peristiwa ekspedisi Laksamana Zheng He merentas lautan untuk tiba untuk sampai ke sini.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai  Lim memberitahu  dia sering berkunjung ke Taman Sahabat untuk berjalan-jalan.

"Laluan pejalan kaki yang dibina mengelilingi kawasan Taman Sahabat cukup baik untuk melakukan riadah ringan seperti berlari anak."


Turut dibina ialah tugu kecil melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia lengkap dengan huraian ringkas berkenaan negeri-negeri tersebut.


Binaan Air Pancut Sarawak (Sarawak Fountain) pula tidak kurang hebatnya. Dikelilingi oleh 7 tiang, ia menggambarkan keharmonian rakyat berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu serta hormat menghormati antara satu sama lain.


Bangku batu turut disediakan di sekeliling tasik bagi kemudahan orang ramai yang datang berkungjung untuk bersiar-siar disini.

Bagi yang menggemari ikan, pastikan anda membeli makanan ikan yang betul sekiranya ingin melakukan demikian kerana adalah satu kesalahan kerana dikhuatiri mencemar air tasik.

Seorang Pelancong dari Ireland Utara berkata, dia amat menggemari Taman Sahabat kerana rekaannya yang menggabungkan senibina Malaysia dan Negara China.

"Sekiranya cuaca di Malaysia dingin seperti di negara saya, pasti Taman Sahabat tidak akan lengang dikunjungi peminat sukan. Suhu yang tinggi menghadkan pergerakan penduduk disini," tambahnya lagi.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA