Syria, IS buat serangan senjata kimia


NEW YORK: Pasukan antarabangsa merumuskan kerajaan Syria dan militan IS bertanggungjawab melancarkan serangan kimia dalam konflik di negara itu pada 2014 dan 2015.

Pasukan berkenaan, yang diberi mandat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setahun lalu untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan kimia di Syria, menyalahkan kerajaan kerana menggunakan gas klorin dalam dua serangan dan IS yang menggunakan gas mustard dalam serangan serangan.


Laporan oleh Pertubuhan Mekanisme Siasatan Bersama bagi Larangan Senjata Kimia-PBB dikenali sebagai JIM kepada majlis itu, berkata tiga lagi kes menunjukkan kerajaan bertanggungjawab tetapi tidak kukuh.

Tiga lagi kes lain yang disiasat tidak meyakinkan.

Duta Amerika Syarikat, Samantha Power, menyifatkan penggunaan senjata kimia sebagai 'peralatan tidak bertamadun, bertentangan naluri manusia' dan menggesa Majlis Keselamatan mengambil langkah tegas dan pantas terhadap penjenayah.

Beliau menuduh kerajaan Syria mencabul resolusi majlis yang melarang penggunaan senjata kimia dan undang-undang menurut Konvensyen Senjata Kimia.

Penemuan pakar mencerminkan banyak lagi kes penggunaan senjata kimia disahkan di seluruh Syria, dan dakwaan lain mengenai penggunaannya termasuk terbaru beberapa minggu lagi, kata Power.

Duta Perancis, Alexis Lamek, juga menggesa tindakan majlis, berkata: "Apabila menyentuh mengenai perkembangan, penggunaan senjata kimia, senjata pemusnah besar-besaran, kita tidak boleh lemah dan majlis perlu bertindak."

Majlis Keselamatan dijadualkan membincangkan laporan JIM pada 30 Ogos tetapi belum pasti sama ada akan mengambil tindakan. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA