Suspek siri serangan bom Thai dikenal pasti


BANGKOK: Polis mengenal pasti seorang lelaki Thai dipercayai suspek siri serangan bom yang membunuh empat orang dan mencederakan berpuluh lagi di selatan Thailand sepanjang minggu lalu.

Timbalan jurucakap polis kebangsaan, Kissana Phatanacharoen berkenaan polis mengenal pasti suspek sebagai Ahama Lengha dari Wilayah Narathiwat berhampiran sempadan Thai-Malaysia.

Selasa lalu, mahkamah tentera Thai mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang suspek yang tidak dikenali kerana cuba mengebom sebuah pantai di pulau pelancongan Phuket.

Kissana berkata, Ahama masih bebas dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau masih berada di dalam negara.

Kissana berkata polis juga sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk mengesan suspek lain.

"Kami menerima beberapa maklumat berguna dari Malaysia yang akan membantu perkembangan kes itu," katanya.

Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas pengeboman itu, yang berlaku beberapa hari selepas Thailand mengundi untuk menerima perlembagaan yang disokong tentera.

Polis dan kerajaan menolak sebarang kaitan dengan militan asing beberapa jam selepas serangan dan percaya pelaku adalah orang tempatan.

Ketua Polis Negara, Jakthip Chaijinda berkata serangan boleh dikaitkan dengan pungutan suara itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut. - Agensi


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA