Suspek Kes Rogol Kanak-Kanak Alami Masalah Mental Ditangkap

Foto The Borneo Post
KUCHING: Sepandai-pandai tupai melomat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah nasib seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditangkap polis atas kesalahan merogol kanak-kanak perempuan lima tahun yang mengalami masalah mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato' Dev Kumar berkata, suspek yang menyorok dalam hutan selama dua malam akhirnya ditangkap pasukan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sekitar jam lima petang tadi.

Menurtnya, kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Suspek keluar dari hutan untuk mencari makanan namun menuju ke aras pasukan siasatan jenayah yang menunggunya sejak dua hari lepas," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 24 Ogos lalu sekitar jam 1.30 tengahari, seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang mengalami masalah mental pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan mengadu sakit di bahagian alat sulit.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut mengesyaki sesuatu kerana terdapat pendarahan pada alat sulit mangsa dan membuat laporan polis di Balai Polis Kuching Sentral.

Polis kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Umum untuk memeriksaan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa dirogol.

Sebelum itu, Ssuspek yang sama kampung dengan mangsa meminta kebenaran ibu bapa mangsa untuk membawa kanak-kanak malang itu ke kedai berhampiran di Jalan Matang.

Sementara itu, Dev pada masa sama memuji Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Padawan atas kejayaan menangkap suspek. -Sarawakiana.




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA