Suspek Bunuh Bill Kayong Serah Diri


KUCHING: Salah seorang suspek yang dikehendaki polis dalam kes pembunuhan Bill Kayong menyerah diri di Balai Polis Miri sekitar jam 4.50 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Dev Kumar ketika dihubungi Sarawakiana berkata, suspek tersebut dikenali sebagai Chin Wui Chung.

"Suspek yang berusia 50an tersebut hadir menyerah diri di Balai Polis Miri ditemani peguamnya", katanya.

Menurut Dev, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan tempoh tahanan reman dan tindakan susulan berkaitan kes berkenaan.

"Usaha mengesan dua lagi suspek masih diteruskan dan kedua-dua suspek dinasihatkan supaya menyerah diri secepat yang mungkin untuk dihadapkan ke muka pengadilan", tambah Dev.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA