Suspek Bunuh Bekas Teman Wanita Di Miri Dicekup


KUCHING: Suspek yang dikehendaki polis berhubung kes kematian seorang wanita di Miri diberkas polis di sini awal pagi tadi.

Selepas dua bulan menyembunyikan diri daripada polis, pasukan siasatan jenayah D9 kontinjen Sarawak berjaya memberkas suspek dikenali sebagai Ateng,28 yang dikehendaki pihak polis berhubung kes bunuh seorang wanita di Miri Jun lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Kontinjen Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata, suspek berjaya dikesan di sebuah sebuah rumah di Kpg. Semariang, Petra Jaya disini awal pagi tadi.

“Pada 6 Jun lalu kira-kira jam 1.20 pagi , dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang dikenalpasti sebagai ibu bapa mangsa tiba di hospital membawa seorang wanita berkenaan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih serta hidung berdarah.

Wanita berusia 25 tahun berasal dari Tudan, Miri berkenaan disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital dan melalui hasil bedah siasat mangsa dikatakan mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat hentakan dari objek tumpul.

Sehubungan itu pihak polis giat mengesan suspek sehingga tertangkapnya suspek yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa di sini awal pagi tadi,” jelas Dev.

Siasatan yang dijalankan oleh pasukan penyiasatan dari cawangan D9 Jabatan Siasatan jenayah Ibu pejabat Polis Daerah(IPD) Miri dengan bantuan JSJ IPK Sarawak mendapati suspek yang merupakan bekas teman lelaki mangsa dipercayai terlibat dalam kes kematian mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Suspek akan dibawa ke Miri untuk siasatan selanjutnya dan Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA