Sup Power Asam Pedas Memang Power



KOTA SAMARAHAN : Resipi sendiri dengan campuran rempah ratus membuatkan sup power menjadi menu wajib jika singgah di Kafe Senja Nan Merah.

Pesara Tentera Rani Seli, 56 tahun yang berasal dari Kampung Sa'ai Daro mempunyai rahsia tersendiri menghasilkan sup power yang menjadi pilihan pelanggan yang datang ke kafe tersebut.

"Selama saya berkhidmat dalam tentera, saya telah menjelajah keseluruh Semenanjung untuk belajar memasak seperti asam pedas, kari, dan sebagainya.

"Saya memang berminat dalam bidang masakan sejak sekian lama walaupun saya berkhidmat sebagai komander kenderaan tentera khususnya kereta kebal," katanya ketika ditemubual Sarawakiana.

Menurut beliau, terdapat pelbagai menu makanan yang boleh menjadi pilihan pelanggan memandangkan beliau menyediakan masakan berasaskan ikan seperti ikan jenahak, kembung, siakap dan sebagai nya untuk menu masakan asam pedas, kari dan sebagainya.

Sup Power

"Yang paling utama ialah sup power yang telah diolah resepinya untuk menghasilkan satu rasa yang sesuai untuk pelanggan yang datang.

"Jika ingin mengunjungi Kota Samarahan sebelah petang, datanglah ke Kafe Senja Nan Merah bersebelahan jejantas laluan motosikal dan temui saya di Gerai Sup Power," ujarnya..-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA