Sukan Agenda Penting Pembangunan Negara – Adenan


KUCHING: Sukan merupakan salah satu agenda penting yang menyumbang kepada arus pembangunan sesebuah negara.

Demikianlah ucapan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Datem dalam perasmian Sukan Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-XVIII Sarawak 2016 di sini, petang tadi.

“Ini kerana Sukan juga mampu menjadi wadah penjana solidariti kaum dalam konteks masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah.

Tambahnya, sukan bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas malah dapat mengukuhkan lagi perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai latar budaya dan keturunan.

“Kita harapkan agar sukan dalam kalangan insan istimewa di negara ini akan terus kita julang dan maju sehingga mencapai kejayaan yang gemilang serta mampu mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat antarabangsapada masa-masa yang akan datang,” ujarnya.

Beliau juga berharap supaya atlet dan pegawai sukan yang turut sama dalam menjayakan sukan paralimpiad ini berasa gembira dan selesa sepanjang berada di negeri ini.

Terdahulu, Sukan Paralimpiad Malaysia merupakan sukan yang mirip kepada Sukan Malaysia (SUKMA) dimana pelbagai jenis kategori ketidakupayaan di pertandingkan.

Ini merupakan kali ke dua Sarawak terpilih menjadi tuan rumah bagi sukan tersebut. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA