Sudan Selatan rekrut semula tentera kanak-kanak - PBB

gambar hiasan

JUBA: Kerajaan Sudan Selatan dilaporkan merekrut semula askar kanak-kanak dalam tempoh beberapa minggu lalu dalam rancangan mereka untuk menghadapi konflik terbaharu.

Perkara itu didedahkan oleh The Associated Press (AP) menerusi dokumen dalaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diperolehnya.


Dokumen itu menyebut, seorang ahli politik kanan yang dilantik Preiden Salva Kiir mengetuai program merekrut semula budak lelaki di seluruh perkampungan dengan cara menggertak mereka.

Sesetengah di antara kanak-kanak berkenaan berusia semuda 12 tahun.

Kumpulan bersenjata di Sudan Selatan kerap menjadikan kanak-kanak sebagai anggota kumpulan mereka dengan mengugut akan merampas ternakan lembu keluarga mereka sekiranya enggan berbuat demikian.

Ternakan lembu di Sudan Selatan adalah sumber utama kehidupan dan simbol status keluarga.


Jurucakap tentera, Lul Ruai Koang berkata remaja yang menyertai tentera bukannya dipaksa.

PBB berkata sekurang-kurangnya 650 kanak-kanak sudah menyertai kumpulan bersenjata di Sudan Selatan tahun ini.

Kira-kira 16,000 tentera kanak-kanak direkrut sejak negara berdepan dengan perang saudara pada Disember 2013. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA