Stadium Lokasi Perasmian Sukan Olimpik Meletup


MISTERI menyelubungi selepas satu letupan kuat dilaporkan berlaku di lokasi yang bakal mengadakan upacara perasmian Sukan Olimpik 2016.

Seorang penyiar daripada Channel 7 mendedahkan, letupan di Stadium Maracana pada petang Ahad itu berlaku selepas satu robot dihantar dan disusuli penemuan satu bungkusan misteri.

Terdapat juga rumors yang mendakwa bungkusan itu merupakan kotak perkakasan (tool box), lapor The Daily Telegraph.

"Yang pasti, letupan itu berlaku sebaik robot itu masuk.

"Kami sedang mengenalpasti sama ada letupan disebabkan robot itu memusnahkan bungkusan atau sebaliknya," kata jurucakap Channel Seven.

Stadium Maracana sebelum ini pernah menjadi tuan rumah final Piala Dunia pada 1950.

Lokasi sama juga akan berlangsung majlis perasmian dan penutup Sukan Olimpik 2016. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA