Siti, Datuk K Anniversary Ke-10 Di Luar Negara


PEJAM
celik sudah sedekad penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K.

Menerusi Instagram peribadi milik Siti iaitu @ctdk, dia memuat naik gambarnya bersama Datuk K di balai pelepasan sebuah lapangan terbang dengan kapsyen ‘Bismillah… Semoga selamat perjalanan pergi & pulang..#AnniversarygateAway.’

Walau bagaimanapun, Siti tidak menyatakan destinasi percutian mereka. Menurut laman berita BH Online, pasangan ini menuju ke Australia bagi meraikan hari istimewa itu.

Difahamkan, beberapa hari sebelum menjelang tarikh ulang tahun mereka. Siti turut menerima kek ulang tahun daripada peminatnya.

Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, manakala majlis persandingan pula diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Persandingan pasangan ini merupakan majlis yang diberi julukan Wedding of the Year. Pada hari yang penuh gemilang itu, Datuk Siti mengenakan gaun putih silk duchess satin ‘Dewi Mustika’ rekaan Khoon Hooi. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA