Sistem Kesan Ternakan Tidak Jalani Kuarantin

Foto Berita Harian
SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan membangunkan sistem untuk mengesan lembu yang diimport dari negara jiran sudah menjalani proses kuarantin atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Kamarudin Md Isa, berkata menerusi sistem berkenaan, pengesahan akan diperoleh dengan mengimbas implan di tengkuk ternakan terbabit.

Katanya, setiap lembu yang dibawa masuk perlu melalui proses kuarantin dalam tempoh ditetapkan supaya dapat dipastikan bebas daripada sebarang penyakit.

"Perkara ini sudah dicadangkan oleh pihak berkuasa veterinar Thailand dalam mesyuarat di Langkawi, Kedah baru-baru ini. Mereka memohon sokongan kita untuk bangunkan sistem berkenaan.

"Ini memudahkan pemeriksaan lembu di pintu masuk negara, sekali gus menangani penyeludupan haiwan ternakan itu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kesedaran Awam Mengenai Penggunaan Antibiotik Dalam Penternakan Ayam di Makmal Kesihatan Ayam Veterinar, di sini hari ini. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA