Siapa MO1 Dakwaan DOJ ?


1MDB semakin celaru bila ia dijadikan isu politik oleh pihak yang hendak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih kalut lagi apabila DOJ mengenakan saman sivil dan dikaitkan pula perkataan Malaysian Official 1 (MO1). Mulalah pihak tersebut menyebarkan bahawa MO1 adalah Najib Razak.

Pemahaman berkenaan sengaja diputar belit oleh pihak tertentu untuk membabitkan Najib supaya agenda menjatuhkan Najib akan tercapai.

Hakikatnya apa yang sebenarnya berlaku ialah MO1 adalah ganti nama sahaja dan boleh juga disebut MO2, MO3 dan sebagainya. Ia tidak semestinya berkaitan dengan Hirarki pemerintahan Malaysia.

Sebagai contoh apa yang terdapat di Malaysia dalam kertas siasatan (IP) ada gunapakai kod2 pesalah yang dituduh sebagai B1,B2 dan seterusnya pengadu atau saksi gunapakai A,A1 dan seterusnya.

Dalam hal tersebut MO1 tidak spesifik terhadap sesiapa dan isu sebegini hanya permainan pihak yang sudah terdesak untuk menjatuhkan Najib daripada menjadi pemimpim No 1 Negara.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA