• Serangan hotel Kabul berakhir, 3 terbunuh

    Published: Tuesday, 2 August 2016
    A- A+

    KABUL: Serangan ke atas sebuah hotel yang menempatkan kontraktor asing di ibu negara Afghanistan berakhir selepas semua tiga pejuang Taliban terbunuh, tujuh jam selepas serangan bermula.

    "Operasi sudah berakhir. Seorang anggota polis maut dan tiga lagi cedera tetapi tiada seorang pun kakitangan hotel atau tetamu cedera," kata Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Serangan hotel Kabul berakhir, 3 terbunuh "