Seramai 325 Pesatuan Nelayan Lundu Sematan Terima Elaun Sara Hidup


LUNDU: Seramai 325 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lundu dan Sematan menerima Elaun Sara Diri yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Dewan Persatuan Chung Hua, Sematan sebentar tadi.

Beliau berkata bantuan tersebut diberikan secara tunai supaya golongan nelayan dapat merasai sumbangan daripada pihak kerajaan.

“Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem amat prihatin kepada permasalahan nelayan,” katanya.

Jelasnya kadar elaun sara hidup nelayan bagi tahun 2015 dinaikan iaitu RM 300 bagi nelayan Zon A dan RM 250 bagi nelayan Zon B,C dan C2.

Beliau yang juga merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata sebanyak RM 16.1 juta telah dibayar kepada nelayan di negeri ini termasuk Lundu dan Sematan pada tahun lepas.

“Pihak kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga membantu golongan nelayan dengan RM0.10 bagi Vesel Zon A, B dan C manakala RM0.20 bagi Vesel Zon C2 setiap kilo ikan yang diperolehi nelayan” ujarnya.

Beliau berharap para nelayan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih tinggi dan pendapatan yang lumayan pada tahun 2020 nanti. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA