Seramai 12 Ahli Lembaga Pelawat TSPK Dilantik


KUCHING: Seramai 12 orang telah di lantik menjadi ahli Lembaga Pelawat untuk Taman Seri Puteri Kuching (TSPK) bagi sesi 2016 hingga 2019 di Telaga Air, Matang.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, kesemua mereka dipilih daripada latar belakang yang berbeza, dan terdiri daripada pelbagai profesion.

"Antaranya ialah Pengerusi ahli lembaga pelawat TSPK ialah Raja Noor Raja Kamil, Setiausahanya Datin Dr Napisah Mahfoz dan bendahari Salina Bujang.

“TSKP merupakan sebuah pusat yang ditubuhkan kerajaan untuk membantu dan memulihkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang masuk secara sukarela, kemahuan ibu bapa atau perintah mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat TSPK di sini sebentar tadi.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut akan menjalani tempoh pemulihan tidak melebihi daripada tempoh tiga tahun dan akan di pantau dalam tempoh enam bulan selepas mereka keluar daripada instistusi .

“Saya sangat gembira kerana ahli lembaga pelawat di sini memberi perkhidmatan secara sukarela,” ujarnya.

Setakat ini terdapat 13 orang kanak- kanak berada di TSPK dipantau oleh ahli lembaga pelawat dan dibantu oleh enam orang Pembantu Kebajikan Masyarakat (PKM). – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA