Seorang Maut, Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan


KUCHING: Seorang remaja berusia 21 tahun maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Demak sekitar jam 8.23 pagi tadi.

Remaja tersebut merupakan pemandu Perodua Kenari manakala penumpang kenderaan terbabit mengalami kecederaan parah.

Selain Perodua Kenari tersebut, kemalangan maut itu turut melibatkan Proton Wira dan Isuzu Dmax.

Pemandu kedua-dua kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Seorang mangsa yang memandu kenderaan (Perodua Kenari) tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian telah dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan 'Rescue Tool'," katanya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA