Semangat Patriotik Yang Hilang



Era 90'an adalah tahun-tahun terakhir melihat jalur gemilang digantung di setiap rumah dengan suasana yang meriah tidak kira dimana sahaja. Setiap rumah pasti dihiasi dengan jalur gemilang dan pelbagai cara kreatif menghiasi rumah asalkan bulan kemerdekaan tiba.

Hari ini sudah berubah keadaan. Tiada lagi seperti dahulu yang sentiasa bersemangat apabila tiba bulan kemerdekaan. Semangat patriotik sudah semakin terhakis malah di Sarawak ada dikalangan mereka menggantungkan bendera union jack british sebelum Sarawak menubuh Malaysia pada 16 September 1963.

Dimanakah silapnya apabila terjadi keadaan sedemikian rupa. Jalur gemilang bukan lagi lambang kebanggaan. Jalur gemilang yang suatu masa dahulu dijulang dan diangkat martabat tinggi kini bagaikan layu untuk berkibar.

Adakah kesilapannya apabila terlalu mengikuti ketaksuban politik yang mula menimbulkan kebencian kepada pemimpin kerajaan hari ini ? Atau terlalu mengikuti dan mempercayai politik yang melanggari perlembagaan negara ?

Sukar untuk menjangka kerana ia sebenarnya sudah berlaku pada masa kini dan sesuatu yang tegas perlu diambil pendekatan. Tanpa jalur gemilang sudah pasti negara tidak akan berada dalam peta dunia.

Jalur gemilang yang pernah melalui zaman gemilang perlu dikembalikan lagi kegemilangannya. Begitulah juga semangat patriotik perlu dikembalikan seperti mana era dahulu patriotik adalah semangat yang perlu diutamakan dalam jati diri warga negara Malaysia. - MJ/Sarawakiana

1 comment:

  1. Itu bendera sarawak yang dinaikan dan bendera union jack diturunkan semasa sarawak mencapai kemerdekaan dari british. Get ur fact right. Ramai yang baca. Malu.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA