Sebuah Rumah, Dua Kenderaan Terbakar Di Taman Salim




SIBU: Sebuah rumah dan dua buah kereta terbakar dalam insiden yang berlaku di Taman Salim sekitar jam 7.50 malam tadi.

Kebakaran rumah teres dua tingkat itu dipercayai bermula dari ruangan parkir dan kemudian merebak ke bahagian dapur.

Dua buah kenderaan yang diletakkan diruangan parkir rumah tersebut turut terbakar.

Pihak bomba yang menerima panggilan sekitar jam 7.52 malam bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu.

Mangsa berusia 54 tahun yang mendiami rumah tersebut melecur dibahagian tangan, belakang serta kepala.

Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan. -Sarawakiana.




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA