Sarawak Teraju Baharu Carta Pingat Hari Ketiga Sukan Paralimpiad


KUCHING : Juara bertahan Sarawak merampas kedudukan pendahulu pungutan pingat pada hari ketiga Sukan Paralimpiad Malaysia ke-18 yang diadakan di sini semalam.

Tuan rumah Sarawak meraih 11 daripada 19 pingat emas yang ditawarkan dalam acara renang hari ini, menjadikan keseluruhan pingat yang dikumpulkan kepada 29 emas, 27 perak dan 34 gangsa.

Johor yang mendahului kedudukan pingat dua hari berturut-turut sebelum ini, turun ke tangga kedua dengan mengumpul 21 emas, 12 perak dan 10 gangsa.

Tuan rumah edisi ke-17, Perlis pula berada di kedudukan ketiga dengan 15 emas, empat perak dan enam gangsa.

Hari keempat pertandingan hari ini akan menawarkan 91 pingat emas iaitu memanah (3), olahraga (30), ping pong (14), powerlifting (6), renang (30) dan tenpin bowling (8). - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA