Sarawak Lega Namun Perlu Raih Mata Perlawanan Akan Datang


KUCHING: Kejayaan mengikat Selangor 1-1 dalam aksi di Stadium Negeri malam tadi membuat Sarawak sedikit lega dalam usaha mengelak tersingkir dari Liga Super.

Bagaimanapun anak buah David Usop perlu memikirkan strategi ampuh untuk memenangi dua perlawanan akan datang untuk menjarakkan kedudukan jika tidak mahu dipintas Terengganu dan Pulau Pinang.

Sarawak tidak dapat memandang remeh baki perlawanan Liga Super walaupun menduduki tangga kesembilan dengan 19 mata sama dengan Terengganu.

Dalam aksi menentang Selangor, anak buah David Usop terlebih dahulu memimpin perlawanan hasil jaringan Junior Aparecido pada minit ke-40 menerusi sepakan penalti.

Sarawak seperti meraih tiga mata bagaimanapun kecewa selepas pemain gantian Adam Nor Azlin menjaringkan gol pada minit ke-76 hasil salah faham bahagian pertahanan. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA