Sarawak Laksana Moratorium Terhadap Pekerja Petronas


KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan mengenakan moratorium terhadap semua permohonan baharu permit bagi pekerja Petronas dari luar yang akan berkhidmat di Sarawak berkuatkuasa serta-merta.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah mengeluarkan kenyataan ringkas mengenai arahan tersebut, lapor The Borneo Post petang tadi.

Menurut sumber kerajaan negeri, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membuat kenyataan rasmi berkenaan perkara itu dalam waktu terdekat.

Sebelum ini isu tersebut telah dibangkit beberapa menteri kabinet Sarawak, Parti Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu kerajaan negeri menyekat Petronas dari mengambil tenaga kerja dari semenanjung untuk berkhidmat di negeri ini.

Pada perkembangan sama, beberapa pihak di Sarawak turut mengesa agar kerajaan negeri menyekat aktiviti Petronas bagi membolehkan sebarang aktiviti berkaitan minyak dan Gas di negeri ini diserahkan pada syarikat tempatan Sarawak. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA