Sarawak Juara Kali Yang Ke-12

Foto BH


Kuching : Kontinjen Paralimpiad Sarawak sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi juara berturut-turut sebanyak 12 kali pada Sukan Paralimpiad Ke-18 2016 yang berakhir di sini semalam.

Penutupan Sukan Paralimpiad Ke-18 2016 dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak malam tadi.

Untuk rekod, Sarawak menjuarai Sukan Paralimpiad pada 1994, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010, 2012 dan 2014.

Sarawak berjaya melepasi sasaran 80 pingat emas apabila mengumpul 84 pingat emas, 63 perak dan 73 gangsa secara keseluruhannya selepas bersaing dalam sembilan acara yang dipertaruhkan bersama 201 atlet yang terlibat.

Acara renang dilihat menyumbangkan banyak pingat iaitu sebanyak 67 secara keseluruhan dengan 39 emas, 17 perak dan 11 gangsa diikuti acara olahraga sebanyak 24 emas, 36 perak dan 44 gangsa.

Manakala acara tenpin boling tidak kurang juga hebatnya apabila menyumbangkan pingat sebanyak 20 pingat dengan sembilan pingat emas, dua pingat perak dan Sembilan pingat gangsa.

Sementara itu, acara ping pong dengan tujuh pingat keseluruhan, lima pingat emas, selain satu masing- masing pingat perak dan gangsa.

Badminton dengan empat pingat keseluruhan, masing-masing satu pingat emas dan perak selain dua pingat gangsa.

Acara catur pula menyumbang lima pingat keseluruhan, dua pingat perak, tiga gangsa tanpa satupun pingat emas.

Walaubagaimanapun, dua acara lain iaitu memanah dan boling padang gagal menyumbangkan sebarang pingat. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA