• Sallehin Pecah Rekod Kejohanan

    Published: Tuesday, 9 August 2016
    A- A+

    KUCHING: Perenang Sarawak, Sallehin Pandita mencuri tumpuan hari ini apabila memecahkan rekod kejohanan acara 100 meter kuak dada SB6/SB5 lelaki pada Sukan Paralimpiad Ke-18 yang berlangsung di Pusat Akuatik Negeri Sarawak sebentar tadi.

    Sallehin berjaya memecah rekod kejohanan dengan catatan masa 2:19.40 sekaligus menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Sarawak.

    Pingat perak bagi acara tersebut diraih Jack Lampung juga dari Sarawak dengan catatan masa 3:26.86.

    Sementara itu, Sallehin turut cemerlang dalam acara 100m gaya bebas S6 lelaki dengan meraih pingat emas. -Sarawakiana.

    Subjects:

  • No Comment to " Sallehin Pecah Rekod Kejohanan "