Saham Tempatan Tinggi Disokong Peningkatan Harga Minyak


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula secara sederhana untuk dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini berikutan peningkatan mendadak harga minyak mentah yang mana turut membantu melonjakkan saham berkaitan minyak dan gas.

Pada jam 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.24 mata kepada 1,652.74 selepas dibuka tinggi pada paras 1,651.65.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 140 berbanding 67, sementara 147 kaunter tidak berubah, 1,332 tidak didagangkan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 130.58 juta saham bernilai RM40.62 juta.

Harga minyak mentah Amerika Syarikat (A)S melonjak lebih tiga peratus untuk ditutup pada paras AS$40.83 setong selepas stok petrol berkurangan lebih banyak daripada dijangkakan, sekali gus mengimbangi peningkatan dalam stok simpanan minyak mentah AS.

Kontrak penanda aras minyak mentah global, Brent meningkat 3.1 peratus untuk ditutup kepada AS$43.10.

Indeks FBM Emas melonjak 27.37 mata kepada 11,599.25, Indeks FBMT 100 meningkat 25.80 mata kepada 11,299.23, dan Indeks FBM Emas Shariah 26.20 mata lebih tinggi kepada 12,227.75.

Indeks FBM Ace melonjak 49.21 mata kepada 5,422.64 dan Indeks FBM 70 naik 18.67 mata kepada 13,294.28. Dari segi sektor, Indeks Kewangan meningkat 36.22 mata kepada 14,107.05 dan Indeks Perindustrian naik 3.08 mata kepada 3,101.10. Bagaimanapun, Indeks Perladangan merosot 3.21 mata kepada 7,575.23.

Dalam kalangan saham mewah, TNB naik enam sen kepada RM14.42, Maybank meningkat lima sen kepada RM7.91, Petronas Chemicals menokok tujuh sen kepada RM6.61, Axiata naik satu sen kepada RM5.66, sementara Public Bank jatuh dua sen kepada RM19.56.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Mesiniaga melonjak 24 sen kepada RM1.09, F&N meningkat 20 sen kepada RM26.30, RHB dan MAHB pula masing-masing naik enam sen kepada RM4.86 dan RM6.06. - BERNAMA


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA