Rusia Denda Google RM26 Juta


MOSCOW: Pihak berkuasa antimonopoli Rusia semalam mendenda syarikat teknologi Google sebanyak 438 juta ruble (RM26 juta) selepas didapati bersalah menyalah guna penguasaan dominan mereka dengan memaksa pembuat telefon pintar untuk memasang enjin carian firma itu pada sistem Android.

Perkhidmatan Antimonopoli Persekutuan (FAS) pada September lalu menganggap Google melanggar undang-undang tentang melindungi persaingan selepas siasatan disusuli aduan oleh enjin carian terbesar Rusia, Yandex.

Yandex meminta pihak berkuasa antimonopoli negara ini supaya menghalang telefon Android daripada secara automatik dipasang dengan enjin carian Google.

Menurut FAS, Google mempunyai tempoh dua bulan untuk membayar denda itu.

- AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA