Rumah Panjang Charles Igat Terbakar Lagi


SIBU: Penduduk Rumah Panjang Charles Igat sekali lagi berdepan detik cemas apabila dua buah rumah dan sembilan buah stor yang dijadikan rumah sementara menempatkan mangsa kebakaran musnah dalam kebakaran yang berlaku tengahari tadi.

Kejadian sekitar jam 12.20 tengahari itu berlaku di lokasi sama struktur rumah panjang yang terbakar 3 Ogos lepas yang kini dalam proses baikpulih bagi penempatan sementara.


Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Faryan Sufyan Borhan berkata, bomba menerima panggilan sekitar jam 12.25 tengahari dan tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebuah rumah terbakar keseluruhan manakala sebuah lagi rumah rosak sedikit. Sembilan buah stor yang dijadikan rumah sementara juga musnah sepenuhnya.

"Kita berjaya memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air dari pili bomba terdekat," katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA