Rumah Panjang 14 Pintu Musnah Di Sibu



SIBU: Sederet rumah panjang berstruktur kayu di Teluk Telalo Pulau Kerto musnah keseluruhan dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

Rumah Panjang Charles Egat itu dilaporkan terbakar sekitar jam 2 petang tadi.

Pihak bomba yang menerima panggilan sekitar jam 2.24 petang bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah.

"Sampai ditempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sederet rumah panjang struktur binaan kayu yang musnah hampir 100 peratus," kata jurucakap bomba.

Rumah panjang tersebut mempunyai 14 pintu.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kejadian. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA