• Rumah Kayu Di Lanang Hampir Musnah

    Published: Wednesday, 24 August 2016
    A- A+

    SIBU: Sebuah rumah kayu di Jalan Ubah, Lanang hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 3 petang tadi.

    Menurut jurucakap bomba, sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikerahlan ke lokasi kejadian.

    "Kebakaran melibatkan rumah kayu dengan anggaran kebakaran 70 peratus," katanya.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 4.22 petang. -Sarawakiana.






  • No Comment to " Rumah Kayu Di Lanang Hampir Musnah "