Rosey Bersyukur Diterima Masuk PBB

Foto The Borneo Post
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus melahirkan rasa syukur dengan keputusan pucuk kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menerimanya untuk menyertai parti terbesar di Sarawak itu.

Beliau turut berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang membuat keputusan tersebut.

"Terima kasih kepada Ketua Menteri dengan keputusan ini," katanya ketika dihubungi Sarawakiana hari ini.

Selasa lepas, Adenan mengumumkan lima daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertanding atas tiket calon langsung Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 Mei lalu diterima masuk menyertai PBB.

Selain Rosey, empat yang lain terdiri daripada Dato Gerawat Jala (ADUN Mulu), Miro Simuh (ADUN Serembu), John Ilus (ADUN Bukit Semuja) dan Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau). -Sarawakiana.







No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA