Ronaldo Menang Anugerah Pemain Terbaik UEFA


MONACO: Cristiano Ronaldo terpilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Eropah musim lalu selepas membantu Portugal menjuarai Kejohanan Eropah itu selain mempamerkan kempen cemerlang di Real Madrid.

Ronaldo, yang menjadi pilihan utama untuk dianugerahkan pemain terbaik dunia buat kali keempat itu menewaskan rakan kelabnya, Gareth Bale dari Wales dan bintang Perancis, Antoine Griezmann.

Sebelum ini Ronaldo pernah menerima anugerah berkenaan pada 2014.

Lionel Messi pernah dinobatkan sebanyak dua kali, Andres Iniesta dan Franck Ribery pula masing-masing pernah memenangi anugerah berkenaan yang pertama kali diperkenalkan pada 2011.

UEFA mencipta anugerah itu selepas penghargaan asal Pemain Terbaik Eropah yang dikenali Ballon d'Or digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA.

Penyerang Lyon, Ada Hegerberg pula memenangi anugerah dalam kategori wanita.


- AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA