RM4.4 Juta Kos Pembinaan Masjid Dan Surau

KUCHING : Keseluruhan jumlah RM4.4 Juta bagi pembinaan Masjid dan Surau di empat buah penempatan dalam Parlimen Santubong akan dilaksanakan secara berfasa.

Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembinaan tersebut melibatkan Kampung Stoh, Kampung Setapak, Pulau Salak dan Perumahan Family Park Kuching.

"Terdapat kekurangan sumber kewangan bagi melaksanakan projek berkenaan kerana masalah penyelesaian isu tanah diperingkat awal.

"Apabila isu tanah sudah selesai, sumber kewangan tidak mencukupi dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diminta membuat tender secara berperingkat serta pihak kampung terlibat bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya selepas Majlis Taklimat Cadangan Projek Bina Baru Taman Sepakat Jaya di Dewan Serbaguna Pusat Khidmat Parlimen Santubong sebentar tadi.

"Pembukaan tender akan dibuka pada penghujung bulan September dan Oktober tahun ini dan projek bermula pada penggal pertama tahun hadapan.

"Masjid Kampung Sepakat berjumlah RM2 juta, Pulau Salak RM1 juta, Kampung Stoh RM800,00 dan Perumahan Family Park Kuching RM600,000.

Dalam majlis tersebut, Wan Junaidi turut menyerahkan cek kepada wakil Masjid Kampung Telaga untuk pengurusan aktiviti masjid berkenaan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA