Ribut Petir Landa Bintulu Mengakibatkan Pokok Tumbang

Foto: Bintulu Info

BINTULU: Kesan ribut petir yang melanda zon tengah kepulauan borneo termasuk Bintulu telah mengakibatkan pokok tumbang dan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi awal pagi tadi.

Antara lokasi terjejas ialah Kelab Kidurong, Jalan pantai ABF, MNG Housing, Tanjong Batu, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Jalan Kidurong, Tanjung Kidurong, Taman Putera dan Chin Lee Garden.

Difahamkan, kejadiaan tersebut telah mengakibatkan kesasakan lalu lintas teruk di sebahagian tempat seperti kidurong.

Menurut laporan awal Pusat Gerakan Operasi Bomba, tiada kecederaan dilaporkan berhubung kejadiaan tersebut. Namun begitu, pihak bomba masih menjalankan operasi di sekitar tempat yang terjejas. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA