Resdung Dan Bekam Buka Lembaran Baru Dunia Perubatan Tradisional



KOTA SAMARAHAN : Perubatan Tradisional seperti terapi resdung dan bekam kini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat untuk mendapat rawatan secara tradisional dan ia semakin berkembang memandangkan rawatan sebegini menggunakan 100% herba yang diikhtiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pemilik Pusat Terapi Resdung Dan Bekam Usrati Enterprise Kota Samarahan Buang Mahli berkata, pusat terapi yang telah beroperasi selama lebih setahun kesemuanya memiliki peralatan rawatan yang moden dan ubatan yang digunakan adalah 100% herba yang telah diluluskan oleh KKM serta premis perniagaan berdaftar.

Kaunter Pendaftaran
"Untuk mengikuti rawatan terapi pelanggan seharusnya mendaftar sebelum mendapat rawatan yang tidak dikenakan apa-apa bayaran.

"Proses seterusnya pelanggan akan mendapat pemeriksaan sebelum membuat proses rawatan seterusnya yang mengandungi lapan proses yang mengambil masa 45 minit hingga satu jam kerana resdung mempunyai dua kategori iaiatu resdung kering dan basah," katanya ketika ditemubual Sarawakiana.

Peralatan moden terapi resdung
Menurut beliau lagi resdung sebenarnya berpunca daripada lendir dan apa yang diperkatakan bahawa resdung ada kaitan dengan ulat adalah kenyataan yang tidak benar sama sekali.

Beliau berkata pusat tersebut turut membuat rawatan sampingan seperti bekam yang lebih memfokuskan bekam sunnah dan terdapat dua jenis bekam yang disediakan.

"Bekam yang terdapat di sini adalah jenis 11 cup dan 21 cup dan tidak mengenakan caj untuk satu-satu cup.

Bilik rawatan
Kami mengenakan RM50 untuk 11 cup sebab ia adalah bekam sunnah yang mengikut titik-titik sunnah Nabi dan bagi yang inginkan rawatan bekam perlu membuat temujanji terlebih dahulu," ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa pusat tersebut adalah stokis DSR di Samarahan dan terdapat banyak ejen-ejen DSR di seluruh Sarawak serta membuka lembaran baru dunia perubatan tradisional ke tahap yang lebih berjaya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA