Renang Sumbang Emas, Lontar Peluru Sekadar Perak


KUCHING: Perenang Sarawak, Ting Jing Ping meraih pingat emas acara renang kuak lentang S14
Sukan Paralimpiad XVIII Malaysia 2016 di Pusat Akuatik Sarawak, Petra Jaya sebentar tadi.

Ting mencatat 35.26 saat menewaskan Anas Zul Amiru Sidi dari N.Sembilan yang mencatat masa 35.41 saat manakala Muhammad Helmi yang mewakili Johor sekadar meraih pingat gangsa menerusi Muhamad Helmi dengan catatan masa 40.79 saat.

Sementara itu, bagi acara lontar peluru (6.0kg) F42/43, Sarawak menerusi Remo Rai sekadar meraih pingat perak bagi  acara Lontar Peluru F20 Lelaki.

Pingat emas bagi acara tersebut diraih Addy Norfaizal dari Perlis dengan lontaran 6.31 meter manakala Remo sekadar melakukan lontaran 5.41 meter.  – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA