Remaja Ratah Muka Mayat Mati Dibunuh


MIAMI: Seorang remaja ditangkap ketika sedang makan muka seorang lelaki yang mati dibunuhnya di sebuah rumah, dalam kejadian yang dipercayai ada kaitan dengan dadah sintetik.

Polis berkata, mereka menemui pelajar Florida State University, Austin Harrouff, 19, sedang menyiat muka mangsa menggunakan giginya sambil mendengus dan menggeram di laluan masuk ke rumah mangsa di Tequesta, berhampiran Miami.

Harrouff dilaporkan menikam mati lelaki itu dan isterinya, selain mencederakan jiran mereka sebelum itu.

Syerif Daerah Martin, William Snyder berkata, kejadian itu pelik dan sukar difahami.

“Suspek mungkin merayau di kawasan itu ketika di bawah pengaruh dadah sintetik dikenali sebagai ‘flakka,’” katanya.- HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA