Rasionalkah Agenda Jatuhkan Najib ?

Malaysia sejak ditubuh pada 16 September 1963 telah mengadakan sistem piliharaya yang begitu bersesuaian dengan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama yang bebas memilih wakil rakyat bagi memimpin rakyatnya. Terpilihnya pemimpin melalui pilihanraya maka tertubuhnya kerajaan yang asasnya adalah pilihan rakyat secara demokrasi.

Struktur pilihanraya tersebut telah diamalkan sejak dahulu hingga kini. Dan hari ini juga kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak telah dipilih rakyat secara demokrasi.

Melihat situasi politik hari ini, pergerakan menjatuhkan Najib pada hakikatnya mencabar keputusan demokrasi rakyat yang telah memilih pemimpin. Pembangkang terutama DAP dan pihak Tun Mahathir hendak mempertikai hak-hak rakyat yang memilih pemimpin.

PRU 13 membuktikan Najib dipilih oleh rakyat sebagai Perdana Menteri serta memberi peluang untuk mentadbir negara selama 5 tahun.

Namun pihak yang hendak menjatuhkan Najib sebenarnya menghina keputusan rakyat yang turun meluangkan masa mengundi memilih memilih pemimpin walaupun rakyat terpaksa korbankan waktu kerja. Bukan semua rakyat Malaysia bekerja gaji bulan tetap tetapi ramai lagi rakyat yang hanya mendapat gaji hari.

Di sini rakyat berkorban masa dan wang ringgit demi memilih pemimpin yang mampu membela kehidupan mereka. Bila wujudnya pihak yang hendak menjatuhkan Najib, keadaan politik Malaysia seakan menuju kearah tidak demokrasi. Kalau nak dikatakan demokrasi agenda menjatuhkan pemimpin tanpa melalui piliharaya memang sesuatu yang tidak dapat diterima oleh rakyat secara keseluruhan.

Agenda hendak menjatuh pemimpin kebanyakkannya menimbulkan unsur hasutan dan fitnah yang boleh menjejas perpaduan kaum dan agama di Malaysia. Hendak menjatuh pemimpin sekalipun, bukan sebegini caranya kerana pilinaraya tetap akan muncul 5 tahun sekali.

Berilah peluang pemimpin negara mentadbir selama 5 tahun dan keputusan sebenar cara kepimpinan akan diketahui bila habis tempoh. Dari situ dapat menilai sama ada pemimpin berkenaan terlibat dengan perkara negatif atau tidak.

Bagi pihak yang hendak menjatuhkan Najib sebenar mempunyai agenda tersendiri yang telah merugikan mereka.

Rasionalnya kini ialah biar Najib tidak dijatuhkan melalui demontrasi atau desakan tertentu tetapi biarlah apa yang berlaku kepada Najib selepas ini adalah melalui pilihanraya yang demokrasi.- MJ/Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA