Rancang Pembangunan Ikut Keutamaan Dan Berimpak


KUCHING: Memandangkan perolehan dan perbelanjaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak seimbang, pembangunan akan datang di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dilaksanakan mengikut keutamaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, setiap pembangunan yang hendak dirancang perlu memberi impak kepada masyarakat secara menyeluruh.

"Ketika ini perolehan DBKU jika dibanding dengan perbelanjaan tidak seimbang. Wakil rakyat dan kerajaan akan bantu DBKU laksana projek pembangunan mengikut keutamaan yang ada impak kepada masyarakat.

"Saya selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas pembangunan bandar akan berbincang dengan menteri tertentu terutama dalam bidang yang berkaitan dengan perkhidmatan jalan raya untuk memohon bajet," katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya DBKU menjalinkan kerjasama dengan pihak perancang dan rakyat untuk mengenalpasti pembangunan yang perlu diberi keutamaan.

"Setiap orang perlu tahu mengenai dasar pembangunan bandar. Saya minta DBKU merancang dari sudut kapasiti, tenaga kerja dan kewangan.

"Usaha ini penting agar segala perancangan dapat diseragamkan dengan efektif," ujarnya. -Sarawakiana.





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA