Rampasan kuasa: Turki Pecat 2,000 Akitangan Awam


TURKI: Kerajaan Turki semalam memecat lebih 2,000 pegawai polis dan ratusan anggota tentera serta penguasa teknologi komunikasi susulan insiden cubaan merampas kuasa di negara itu pada bulan lalu.

Mereka yang dipecat dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang tokoh agama di Amerika Syarikat (AS) Fethullah Gulen, individu yang dituduh mendalangi cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu.

Gulen bagaimanapun menafikan sebarang pelibatan dalam cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki.

Difahamkan, kerajaan Turki mengeluarkan dua dekri yang diterbitkan untuk menutup penguasa telekomunikasi dan satu lagi keputusan di mana presiden akan melantik ketua pasukan tentera.

Di bawah dekri perintah darurat sebelum ini, Turki dikatakan sudah mengeluarkan arahan untuk melucutkan jawatan ribuan anggota pasukan keselamatan serta mengarahkan penutupan ribuan sekolah privet, badan-badan amal dan institusi-institusi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Gulen.

Pemecatan terbaharu ini dikatakan melibatkan 2,360 pegawai polis, lebih 100 anggota tentera dan 196 kakitangan penguasa teknologi.

Selain itu, lebih 35,000 orang ditahan dalam penyingkiran yang dibuat secara besar-besaran sejak kegagalan percubaan rampasan kuasa di Turki.

Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa pada Julai lalu, dengan tentera mengambil alih kuasa di jalanan Ankara dan Istanbul.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar mengatakan pihak yang bertanggungjawab akan menerima "tindakan yang sangat keras". - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA