Rakyat Hendak Bekerja, Bukan Demonstrasi Bersih



Politik pembangkang di Malaysia sudah menjadi haru biru apabila adu domba sebagai agenda mendapat perhatian rakyat.

Mengheret rakyat supaya menjatuhkan Perdana Menteri tanpa pilihanraya yang demokrasi adalah senjata utama pihak pembangkang.

Pembangkang mengajar rakyat untuk tidak menghormati perlembagaan dan mengkhianati pilihan rakyat yang telah mengundi memilih kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Demonstrasi jalanan sejak kebelakangan ini adalah usaha pembangkang yang sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan Najib sehingga melibat dan mengheret rakyat ke jalan untuk menyokong gerakan mereka. Atas desakan ingin menawan Putra Jaya, mereka sanggup membelakang undang-undang negara. Yang begitu menyedihkan apabila rakyat turut diheret terlibat.

Perhimpunan BERSIH memang sinonim cara pembangkang melibat rakyat untuk berhimpun menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri. Bermula dari BERSIH 2.0 hingga kini BERSIH 5.0 ternyata tindakan pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat. Rakyat juga yang jadi mangsa keadaan agenda politik pembangkang.

Rakyat seharusnya diheret untuk meningkatkan taraf hidup dengan mencariruang pekerjaan dan bukan untuk diheret dalam demonstrasi jalanan. Rakyat yang diheret untuk demonstrasi bukan tergolong daripada orang yang kaya raya tetapi kebanyakannya dari rakyat biasa yang perlu bekerja. Masa rakyat untuk bekerja pada hari tesebut dibuang masa begitu sahaja hanya kerana agenda politik semata-mata.

Kerajaan berusaha untuk mencari penyelesaian tentang pengangguran, meningkat taraf hidup dan sebagainya demi punca pencarian hidup rakyat tetapi demostrasi yang BERSIH adakan lebih membuang masa rakyat untuk mencari rezeki. Pada hakikatnya rakyat perlu bekerja dan mencari pekerjaan dan bukannya menyertai perhimpunan BERSIH yang sebenarnya menyalahi perlembagaan negara dan tidak pernah tercapai objektifnya selama ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA